ZIARAH DAN LAWATAN IIDM-MUIP KE PUSAT TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK DALAM USAHA MEMPERKASA PELAKSANAAN KURIKULUM WAJIB FARDHU `AIN

KUANTAN, 06 & 07 Ogos 2026 – Al-Fadhil pegawai dan FELO Muda Fiqh al-Watan IIDM-MUIP telah melaksanakan aktiviti ziarah dan lawatan susulan secara berkala ke beberapa institusi pendidikan Islam; madrasah, pondok dan maahad tahfiz sekitar Kuantan dalam usaha menyantuni mudir serta guru, di samping memperkukuh pelaksanaan Kurikulum Wajib Fardhu Ain di institusi berkenaan.
Antara institusi yang sempat diziarahi dan dilawati ialah:

1. Madrasah Tahfiz Raudhatul Iman
2. Maahad Tahfiz Zaid Bin Tsabit
3. Pusat Pengajian Ubaidillah (Puji)

Pihak pengurusan institusi, mudir serta para guru telah menyambut baik dan mesra kehadiran wakil IIDM-MUIP. Sesi pertemuan dimanfaatkan dengan perbincangan berkaitan keadaan semasa guru dan pelajar, perkembangan institusi, serta pelaksanaan Kurikulum Wajib yang sedang dijalankan.

Selain itu, turut dibincangkan ialah cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh institusi dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut, khususnya dalam tempoh pelaksanaannya yang kini semakin berkembang. Pertukaran pandangan dan cadangan daripada pihak institusi amat membantu dalam memperkemaskan usaha pemerkasaan pendidikan Fardhu ‘Ain di negeri ini.

Diharapkan ziarah dan lawatan yang dilaksanakan secara berterusan ini dapat mengeratkan hubungan antara IIDM-MUIP dengan para mudir, guru serta pengusaha institusi pendidikan Islam. Usaha ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pengukuhan pelaksanaan Kurikulum Wajib serta memperkasakan penguasaan Fardhu ‘Ain dalam kalangan pelajar sebagai asas pembinaan peradaban Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang Darul Makmur.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

“FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG”

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KurikulumWajib
#FardhuAin

View original on Facebook