
π’HEBAHAN PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGHAYATAN TAUHID SIFAT 20 β DAERAH JENGKA, PAHANG
Ψ§ΩΨ³ΩΨ§Ω ΨΉΩΩΩΩ ΩΨ±ΨΩ Ψ© Ψ§ΩΩΩ ΩΨ¨Ψ±ΩΨ§ΨͺΩ
Institut Ilmu Darul Makmur (IIDMβMUIP) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka dan Galeri Ilmu berbesar hati menjemput para asatizah, guru agama serta tenaga pengajar Akidah di madrasah, institusi tahfiz dan pondok sekitar Daerah Jengka untuk menyertai Program Training of Trainers (TOT) Penghayatan Tauhid Sifat 20.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menjayakan agenda Pemerkasaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) di Negeri Pahang, berteraskan manhaj al-Asyaβirah dan al-Maturidiyyah, dengan memberikan penekanan khusus terhadap pengukuhan kompetensi para penggerak ASWAJA dalam kalangan asatizah dan tenaga pengajar institusi pendidikan Islam.
Melalui pendekatan latihan tenaga pengajar (Training of Trainers), program ini bermatlamat memperkukuh penguasaan ilmu, memantapkan kefahaman serta meningkatkan keupayaan para asatizah dalam menghayati dan menyampaikan ilmu akidah secara sistematik, berkesan dan berpaksikan tradisi keilmuan Islam yang muktabar. Usaha ini diharapkan dapat memperkasakan peranan para asatizah sebagai penggerak utama dalam menyebarluaskan kefahaman akidah ASWAJA kepada para pelajar dan masyarakat.
π BUTIRAN PROGRAM
π
Tarikh: 26 November 2026 (Khamis)
π Masa: 8.00 pagi β 5.00 petang
π Tempat: Dewan Al-Biruni 1, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
ποΈ Tenaga Pengajar:
YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari
Ketua Unit Penyelidikan Ihya Turats, Galeri Ilmu
π ANTARA PENGISIAN PROGRAM
β Memahami asas ilmu akidah dan perbahasan Sifat 20 secara sistematik.
β Memantapkan kefahaman Hukum Akal serta penggunaan dalil βaqli dan naqli.
β Mendalami konsep makrifatullah, tauhid dan tanzih dalam mengenal Allah SWT.
β Menghubungkan penghayatan akidah dengan pembentukan ibadah, akhlak dan kehidupan seharian.
β Memperkukuh kompetensi dan pendekatan pengajaran ilmu akidah dalam kalangan penggerak ASWAJA.
π PENYERTAAN TERHAD
Penyertaan dikhususkan kepada para asatizah dan tenaga pengajar institusi pendidikan Islam yang telah membuat pendaftaran terlebih dahulu.
π Pautan Pendaftaran:
https://kelas.galeriilmu.com.my/program/program-training-of-trainers-tot-penghayatan-sifat-20
β οΈ Tempat adalah terhad. Pendaftaran awal amat digalakkan.
Semoga penganjuran program ini menjadi wadah pengukuhan kompetensi penggerak ASWAJA yang berilmu, berwibawa dan berkeupayaan menyampaikan kefahaman akidah yang sahih, sekali gus menyumbang kepada kelangsungan agenda Pemerkasaan ASWAJA di Negeri Pahang melalui institusi pendidikan Islam dan masyarakat.
βMEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATANβ
#FiqhAlWatan
#InstitutIlmuDarulMakmur
#MUIP
#PAIDJengka
#PemerkasaanASWAJAPahang
#PenghayatanTauhidSifat20
#AkidahAhliSunnahWalJamaah
#Asyairah
#Maturidiyah
#MajlisIlmu
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PeradabanIslamPahang
#MembudayakanIlmu
#MemperkasakanWatan
#KerajaanNegeriPahang




