
PENYELARASAN KURIKULUM WAJIB IIDM DI MAAHAD TAHFIZ JANDA BAIK
Ahad | 14 Julai 2026
Alhamdulillah, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah mengadakan sesi penyelarasan Kurikulum Wajib IIDM bersama Maahad Tahfiz Janda Baik sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan pendidikan Islam berteraskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang.
Sesi ini turut memberikan pencerahan mengenai Fiqh al-Watan serta penerangan berkaitan pelaksanaan Kurikulum Wajib IIDM yang menjadi asas kepada pembinaan kefahaman akidah, fiqh dan tasawuf berlandaskan manhaj yang muktabar. Penyelarasan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menjejaskan identiti, tradisi dan keunikan institusi, selaras dengan aspirasi Kesultanan Pahang dalam memperkasakan pendidikan Islam.
IIDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, para asatizah dan seluruh warga Maahad Tahfiz Janda Baik atas komitmen serta kesediaan menjayakan usaha penyelarasan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.
Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang.
#FiqhAlWatan #IIDM #InstitutIlmuDarulMakmur #MUIP #KesultananPahang #ManhajAhliSunnahWalJamaah #AsyairahMaturidiyyah #MazhabSyafii #PendidikanIslamPahang #MaahadTahfizJandaBaik #KurikulumWajibIIDM #PeradabanIslamPahang





