
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 23 November 2026 โ Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dan Open University Malaysia (OUM) memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan pendidikan Islam menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) serta pelancaran Sijil Pengajian Turath Islam dan Sijil Fardu Ain Pahang (SPTI & SFAP).
Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, hari ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemeteraian MoA tersebut menandakan komitmen kedua-dua institusi untuk merealisasikan pembangunan program SPTI dan SFAP melalui gabungan kepakaran dalam kandungan pengajian Islam serta pengalaman dalam pengurusan pendidikan terbuka dan jarak jauh.
MoA berkenaan ditandatangani oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad bagi pihak IIDM-MUIP, manakala OUM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Hamidah. Majlis turut disaksikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain bagi pihak IIDM-MUIP, serta Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Md Ninggal dan Ustaz Radziyuddin bin Sulaiman bagi pihak OUM.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Hormat Datoโ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP); Datoโ Maulana Haji Cik Wan Helmy bin Wan Mohamed Al-Hafiz, Presiden Ikatan Madrasah Pahang (IMP); Dr. Haji Mohd. Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang; Yang Hormat Datoโ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP); serta Ustaz Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP.
Dalam ucapan pembukaan, Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad menjelaskan bahawa SPTI dibangunkan khusus untuk para pelajar pusat tahfiz, madrasah dan pondok di Negeri Pahang sebagai pengiktirafan pengajian pada peringkat tamhidi atau asas, di samping membuka peluang kepada mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu meninggalkan institusi pengajian sedia ada.
Menurut beliau, pendekatan tersebut membolehkan tradisi pengajian turath yang berteraskan kaedah talaqqi, bersanad dan bersuhbah dengan guru terus dipelihara, meskipun pembelajaran turut memanfaatkan kemudahan teknologi digital dan platform dalam talian.
Usaha ini bukan sahaja bertujuan memperluas akses pendidikan Islam, malah memastikan adab, tertib dan keaslian manhaj pengajian turath terus menjadi asas pembentukan generasi ulama muda yang kukuh ilmu serta mampu memahami perkembangan masyarakat dan teknologi semasa.
Sementara itu, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Tajudin menjelaskan bahawa kerjasama strategik ini menggabungkan kepakaran IIDM-MUIP dalam pengajian turath dan ketepatan sumber agama dengan pengalaman OUM dalam pendidikan terbuka dan jarak jauh, khususnya pembangunan bahan pembelajaran digital serta pengurusan pentaksiran. Pendekatan ini membolehkan pengajian kitab turath dilaksanakan secara dalam talian melalui sesi e-tutorial, perbincangan dan bimbingan tenaga pengajar.
SPTI merangkumi sepuluh modul dalam bidang akidah, fiqh, tasawuf dan adab, dengan kitab-kitab utama seperti Aqidatul Awam, Risalah Jamiah, Bidayatul Hidayah dan Penawar Bagi Hati. Setiap modul berlangsung selama tiga bulan menerusi platform CellPlus OUM, melibatkan sepuluh sesi e-tutorial serta penilaian melalui tugasan dan peperiksaan bagi mengukur tahap kefahaman peserta.
Pelancaran SPTI & SFAP merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem pendidikan Islam di Negeri Pahang, khususnya dalam memperluas peluang pengajian, memelihara tradisi keilmuan Islam dan meningkatkan penguasaan ilmu fardu ain dalam kalangan masyarakat.
Inisiatif ini turut melengkapi usaha IIDM-MUIP dalam memperkasa institusi pendidikan Islam, termasuk pusat tahfiz, madrasah dan pondok, sebagai komponen penting dalam pembangunan modal insan serta pembinaan masyarakat berilmu dan berakhlak.
โ๐ญ๐ฐ๐ธ๐ฏ ๐จ๐ณ-๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ด๐จ๐ฒ๐ต๐จ๐ฐ 556 ๐ป๐จ๐ฏ๐ผ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ผ๐ณ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐จ๐ซ๐จ๐ฉ๐จ๐ต ๐ฐ๐บ๐ณ๐จ๐ด ๐ท๐จ๐ฏ๐จ๐ต๐ฎโ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat




