Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐒𝐏𝐓𝐈 & 𝐒𝐅𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐑𝐃𝐔 𝐀𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

KUANTAN, 23 November 2026 – Forum Sijil Pengajian Turath Islam (SPTI) dan Sijil Fardu Ain Pahang (SFAP) menjadi platform perkongsian ilmu dalam usaha memperkukuh pendidikan Islam serta memelihara khazanah keilmuan Islam dalam kalangan masyarakat, khususnya di Negeri Pahang.

Forum yang berlangsung sempena Persidangan Tahunan Pengetua dan Pengusaha Pusat Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang 3.0 itu menghimpunkan para ilmuwan dan sarjana bagi membincangkan kepentingan pengajian turath Islam serta pengukuhan kefahaman agama melalui pendidikan yang tersusun dan berterusan.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap peranan pengajian turath dalam memelihara warisan keilmuan Islam, di samping memastikan ilmu agama terus dipelajari, difahami dan diamalkan oleh masyarakat.

Forum ini menampilkan Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP), Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad dan Pensyarah Kanan Open University Malaysia (OUM), Dr. Wan Ubaidillah bin Wan Abbas sebagai ahli panel.

Sesi forum dikendalikan oleh Dr. Ahmad Salahuddin M. Azizan, Pensyarah Kanan OUM, selaku moderator.

Pelaksanaan forum ini mencerminkan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan Islam dan institusi pengajian tinggi dalam memperluas akses kepada ilmu agama, khususnya melalui pembangunan program pendidikan yang relevan dengan keperluan masyarakat.

“𝑭𝑰𝑸𝑯 𝑨𝑳-𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑲𝑵𝑨𝑰 556 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share