
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 23 November 2026 โ Persidangan Tahunan Pengetua dan Pengusaha Pusat Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang 3.0 mengetengahkan agenda pemerkasaan wakaf pendidikan, kemandirian ekonomi dan pengukuhan tadbir urus institusi pendidikan Islam menerusi beberapa sesi pembentangan dan taklimat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP), Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman membentangkan tajuk โWakaf Pendidikan 2030: Transformasi Tahfiz, Madrasah & Pondok Ke Arah Kemandirian Ekonomiโ yang menekankan kepentingan pembangunan ekosistem pembiayaan pendidikan Islam yang lebih mampan dan bersepadu.
Pembentangan tersebut mengetengahkan pelaksanaan Skim Wakaf Institusi Pendidikan (SWIP) yang meletakkan institusi pendidikan sebagai rakan strategik dalam kutipan zakat bagi memperluas kerjasama serta memperkukuh ekosistem pembiayaan pendidikan Islam.
Selain itu, pembangunan keupayaan ekonomi institusi turut diberi penekanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumbangan dan derma semata-mata. Wakaf Pendidikan pula diketengahkan sebagai instrumen membina dana kekal melalui wakaf tunai, wakaf pembangunan dan pembangunan aset produktif demi memastikan kesinambungan pembiayaan pendidikan.
Dalam memperkukuh ekosistem tersebut, Model 5P diperkenalkan dengan melibatkan PKZWP, institusi pendidikan, pembayar zakat, pewakaf dan sektor korporat. Kerjasama strategik ini diharap dapat mewujudkan sistem pembiayaan yang lebih menyeluruh, sekali gus menyokong transformasi institusi pendidikan Islam ke arah kemandirian ekonomi menjelang 2030.
Taklimat mengenai โMutawalli Khas: Peranan, Tanggungjawab dan Had Kuasaโ oleh Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, Encik Mohd Farid bin Mohd Ramly, turut diadakan bagi memperjelas peranan serta tanggungjawab mutawalli dalam pengurusan wakaf.
Sementara itu, Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Abd Hadi bin Borham, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyampaikan taklimat Penarafan Madrasah yang memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh kualiti pengurusan dan pembangunan institusi pendidikan Islam.
Keseluruhan pengisian ini mencerminkan komitmen IIDM-MUIP dalam memperkasa institusi tahfiz, madrasah dan pondok melalui pengukuhan ilmu, pengurusan serta pembiayaan yang mampan demi kelangsungan pendidikan Islam dan kesejahteraan ummah di Negeri Pahang.
โ๐ญ๐ฐ๐ธ๐ฏ ๐จ๐ณ-๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ด๐จ๐ฒ๐ต๐จ๐ฐ 556 ๐ป๐จ๐ฏ๐ผ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ผ๐ณ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐จ๐ซ๐จ๐ฉ๐จ๐ต ๐ฐ๐บ๐ณ๐จ๐ด ๐ท๐จ๐ฏ๐จ๐ต๐ฎโ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat




