Skip to main content

SIRI KULIAH FIQH AL-WATAN

Tatacara Kehidupan Bertanah Air Umat Islam Negeri Pahang
Oleh Prof. Madya Dr. Amran Bin Muhammad,
Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (IIDM-MUIP)

Dalam usaha untuk memartabatkan kedaulatan, kerukunan dan kelestarian Negeri Pahang Darul Makmur, IIDM telah melaksanakan Program Pemerkasaan Jatidiri Watan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. Program ini bertujuan untuk memaknai Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang yang telah terbentuk sejak 555 tahun sehingga ke hari ini.

Justeru Modul Pencerahan Fiqh al-Watan telah dibina oleh IIDM sebagai wahana pentafsiran Siyasah Syar’iyyah atau Governan Islam bagi Negeri Pahang. Governan Islam inilah yang mengangkat ketinggian Islam di negeri Pahang melalui pemerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam sekaligus menjadikan Pahang sebagai Daulah Islam yang berdaulat, bersyariat dan beradat selama ini.

Siri Kuliah Online Fiqh al-Watan ini akan mengandungi 12 siri kuliah 30 minit setiap siri meliputi topik-topik utama Modul Pencerahan Fiqh al-Watan. Objektif utama Modul Pencerahan Fiqh al-Watan adalah:
1. Menghuraikan gabung-jalin penzahiran Hamba Allah melalui Fardhu ‘Ain dan Khalifah Allah melalui Siyasah Syar’iyyah sebagai dua komponen utama Fiqh al-Watan
2. Fiqh al-Watan menetapkan tradisi keilmuan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah – Tauhid, Fekah dan Tasawuf sebagai sumber rujukan ilmunya
3. Menjelaskan tiga prinsip Fiqh al-Watan Pahang Darul Makmur iaitu Kesultanan, Adat Resam dan Alam Sekitar
4. Memperkenalkan Fiqh al-Watan sebagai Tatacara Kehidupan Bertanah Air umat Islam negeri Pahang ke arah mencapai kedaulatan, Kerukunan dan Kelestarian Negeri.

Topik-Topik Siri Kuliah Fiqh al-Watan
1. Pengenalan Fiqh al-Watan
2. Intipati Modul Fiqh al-Watan
3. Teraju Pemerintahan Daulah Islam Pahang
4. Susur Galur Warisan Siyasah Syar’iyyah Kesultanan Melayu Islam
5. Perkembangan Tradisi Keilmuan ASWJ Global & Alam Melayu
6. Sultan Menerajui Pemerintahan Daulah Islam Berdasarkan Manhaj ASWJ
7. Hubungan Fiqh al-Watan: Kesultanan, Adat Resam dan Alam Sekitar
8. Hubungan Fiqh al-Watan & Tata Kelola Global Semasa (ESG/SDG)
9. Latar Belakang Krisis Umat Islam Semasa
10. Hadith Jibril Sebagai Sumber Ilmu Fardhu ‘Ain: Tauhid, Fekah, Tasawuf dan Fiqh al-Watan
11. Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan: Makmal Simulasi Fiqh al-Watan
12. Rujukan Penyelidikan Fiqh al-Watan

“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original