
KULIAH 1: PENGENALAN FIQH AL-WATAN
Fiqh al- Watan didefinisikan sebagai ilmu dan amalan tentang tatacara, tatakelola atau kaedah hidup di dalam sebuah negeri atau negara yang berdaulat, bersyariat dan beradat berdasarkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Fiqh al-Watan bertujuan memberi gambaran asas untuk memaknai sejarah panjang 556 tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang kerana negeri ini bukanlah sebuah negeri baru yang hanya muncul selepas Merdeka pada tahun 1957 tetapi telah pun berusia ratusan tahun. Sejarah Panjang ini perlu dihayati bagi tujuan membina sebuah negeri yang lebih berjaya pada masa akan datang tanpa
membuang tonggak kejayaan sepanjang Sejarah 556 tahun ini.
Fiqh al-Watan ini merupakan sebuah gerakan pemerkasaan yang mana gerakan pemerkasaan seperti ini bukanlah perkara baru dalam dunia Islam contohnya terdapat gerakan pemerkasaan melalui
Inisiatif Bayt al-Hikmah dan Inisiatif Ihya dan tajdid Imam Ghazali termasuklah di Alam Melayu terdapat gerakan pemerkasaan melalui hubungan erat para ulama dengan umara iaitu sultan itu sendiri.
Fiqh al-Watan adalah gabungjalin peranan sebagai hamba Allah (Fardhu Ain) dan Khalifah Allah (Fardhu Kifayah) sebagai seorang insan yang hidup di dunia. Tradisi Ilmu Fardhu Ain Ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada Tauhid, Fekah dan Tasawuf manakala Khalifah Allah terdiri daripada elemen Kesultanan, Adat Resam dan Alam Sekitar bagi menuju matlamat Kedaulatan, Kerukunan dan Kelestarian.
Kedatangan Islam di Tanah Melayu membawa pakej lengkap Tauhid, Fekah dan Tasawuf bahkan dilengkapkan bersama ilmu dan amalan Siyasah Syarβiyyah iaitu kaedah pemerintahan atau berpolitik yang sekian lama menjadi ciri jati diri watan tempatan.
Kesimpulannya, Inisiatif Fiqh al-Watan ini suatu gerakan pemerkasaan masa kini yang melangkaui perbezaan kaum dan agama yang bersifat universal untuk rakyat Negeri Pahang yang berteraskan
Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, kesultanan dan adat resam yang merupakan ciri watan Pahang yang telah sekian lama wujud sejak ratusan tahun.
βππππππππππππ ππππ, πππππππππππππ πππππβ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





