
SESI PENCERAHAN FIQH AL-WATAN MAHASISWA BAHARU UCYP
Kuantan, 8 Jun 2026- Seramai 360 orang mahasiswa baharu Universiti College of Yayasan Pahang (UCYP) telah menghadiri Sesi Pencerahan Fiqh Al-Watan yang dianjurkan bagi memperkenalkan asas pemikiran dan penghayatan Fiqh Al-Watan kepada mahasiswa baharu di institusi pengajian tinggi.
Sesi ini telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), iaitu Al-Fadhil Ustaz Fahmi bin Zahari, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hafizan bin Baharum, Al-Fadhil Ustaz Muโaz bin Zakaria serta Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nurhakim bin Mohd Razali. Para pembentang menghuraikan Fiqh Al-Watan sebagai pendekatan yang menekankan tanggungjawab warga dalam memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negeri serta negara selaras dengan tuntutan Islam.
Selain memperkenalkan konsep Fiqh Al-Watan, para mahasiswa turut didedahkan dengan kepentingan ilmu fardu ain merangkumi tauhid, fekah dan tasawuf sebagai teras kefahaman. Pengukuhan akidah, pelaksanaan syariat dan penyucian jiwa menjadi asas melahirkan Muslim yang seimbang. Dalam masa yang sama, turut ditekankan peranan institusi Kesultanan Melayu sebagai payung negeri yang menjadi tonggak kestabilan, perpaduan dan identiti watan, di samping memelihara agama Islam, adat istiadat serta keharmonian masyarakat majmuk.
Sesi ini juga bertujuan menyemai rasa cinta kepada Negeri Pahang Darul Makmur serta meningkatkan kesedaran tanggungjawab terhadap masyarakat melalui sikap hormat, patuh undang-undang dan penglibatan dalam pembangunan masyarakat. Pendedahan ini juga diharap dapat membantu para pelajar memahami kepentingan hidup bermasyarakat dalam suasana yang aman dan sejahtera tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.
Diharapkan pendedahan ini menjadi asas pembentukan sahsiah mahasiswa yang berilmu, berakhlak dan berjiwa patriotik, serta mampu berperanan sebagai agen perpaduan. Semoga penghayatan Fiqh Al-Watan melahirkan generasi yang menyumbang kepada kesejahteraan Negeri Pahang dan negara secara keseluruhannya.
UCYP University
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





