
GURU-GURU TPQ MUIP MENGHAYATI SEJARAH DAN PERADABAN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN FIQH AL-WATAN
PEKAN, 10 Jun 2026 โ Guru-guru Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengikuti sesi pembelajaran berasaskan pengalaman (Experiential Learning Laboratory) di Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan sempena Program Induksi Fiqh Al-Watan & Pemantapan Pengajaran Al-Quran Guru TPQ MUIP.
Sesi yang berlangsung dalam suasana ilmiah ini memberi peluang kepada para guru untuk menelusuri sejarah negeri Pahang serta memahami peranan institusi Kesultanan Melayu sebagai tonggak pemerintahan, agama dan identiti watan. Program turut diisi dengan taklimat oleh pihak kurator muzium serta sesi lawatan berpandu ke ruang pameran yang memaparkan khazanah sejarah, warisan Kesultanan Melayu Pahang dan perkembangan peradaban Islam di negeri ini, sekali gus membantu peserta menghayati elemen-elemen penting dalam kerangka Fiqh Al-Watan.
Melalui pendekatan pembelajaran secara langsung di lokasi bersejarah, para guru didedahkan kepada hubungan antara sejarah, warisan, budaya dan pembangunan peradaban Islam yang telah membentuk jati diri masyarakat negeri ini. Penghayatan tersebut penting dalam melahirkan pendidik yang bukan sahaja berupaya menyampaikan ilmu Al-Quran, malah mampu memupuk kecintaan terhadap agama, watan dan institusi Kesultanan dalam kalangan generasi muda.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dalam memperkasa agenda Fiqh Al-Watan serta memperkukuhkan peranan guru-guru TPQ MUIP sebagai pendidik awal yang berperanan membentuk asas kefahaman agama dan jati diri anak-anak Pahang.
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





