
PROGRAM PENCERAHAN FIQH AL-WATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM PAHANG)
KUANTAN, 5 JULAI 2026- Program Pencerahan Fiqh al-Watan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah berlangsung dengan jayanya sebagai usaha memperkukuh kefahaman warga khidmat YADIM Pahang terhadap konsep Fiqh al-Watan, khususnya dalam konteks pemerintahan Daulah Islam Pahang, peranan institusi Kesultanan Melayu Islam serta penghayatan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sesi pencerahan telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP), Profesor Madya Dr Amran bin Muhammad. Dalam sesi tersebut, beliau menghuraikan intipati Modul Fiqh al-Watan, peranan Sultan sebagai teraju pemerintahan Daulah Islam berasaskan manhaj ASWJ serta susur galur warisan siyasah syar’iyyah Kesultanan Melayu Islam. Hasil daripada pembentangan ini, para peserta memperoleh kefahaman yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai konsep Fiqh al-Watan serta kepentingannya dalam memperkukuh jati diri, kesetiaan kepada institusi kesultanan dan tanggungjawab sebagai warga yang berperanan dalam memelihara agama dan kesejahteraan negeri.
Program diteruskan dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan berkaitan latar belakang krisis umat Islam semasa serta peranan YADIM Pahang dalam mendepani cabaran dakwah dan kemasyarakatan.
Majlis perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat YADIM Pahang, Al Fadhil Ustaz Aizuddin Hakim bin Mohd Yusof. Dalam ucapannya, beliau menyeru warga khidmat YADIM Pahang agar terus bekerjasama dengan IIDM dalam menyebarkan Fiqh al-Watan ke seluruh pelusuk negeri Pahang, seterusnya memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap kepentingan memelihara agama, institusi kesultanan dan kesejahteraan negeri secara menyeluruh.
Turut menyampaikan ucapan ialah Pengarah Eksekutif IIDM-MUIP, Profesor Madya Dr Amran bin Muhammad, yang menegaskan bahawa IIDM akan terus bekerjasama dengan YADIM Pahang dalam usaha memperkasa dakwah dan penyebaran Fiqh al-Watan di Negeri Pahang.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh kefahaman peserta terhadap kepentingan Fiqh al-Watan sebagai asas dakwah dalam membina masyarakat yang berilmu, beradab serta setia kepada agama, bangsa dan negeri, seterusnya melahirkan generasi yang mampu mempertahankan kedaulatan Islam dan keharmonian negara.
YADIM Negeri Pahang
“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





