TRAINING OF TRAINER PELAKSANAAN KURIKULUM WAJIB MAAHAD TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK NEGERI PAHANG DAERAH PEKAN & KUANTAN

Program Training of Trainer Pelaksanaan Kurikulum Wajib Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang Daerah Pekan Kuantan telah berlangsung dengan jayanya sebanyak 4 siri, melibatkan penyertaan seramai 171 orang guru yang mewakili 90 buah tahfiz, madrasah dan pondok sekitar daerah Pekan dan Kuantan.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para guru berhubung penggunaan silibus & rancangan pengajaran harian Kurikulum Wajib sebagai bahan sokongan yang dapat membantu mempermudahkan guru-asatizah melaksanakan pengajaran yang lebih berstruktur, sistematik dan relevan dengan cabaran semasa.

Lebih daripada sekadar pemerkasaan teknikal, para guru-asatizah turut diberi pencerahan mengenai gagasan Fiqh al-Watan oleh Prof Madya Dr Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur, dengan menonjolkan peranan signifikan tahfiz, madrasah, pondok serta para guru-asatizah sebagai penggerak utama dalam memperkukuh tradisi ilmu Ahl al-Sunnah wal Jamaah. Melalui faham Fiqh Al-Watan ini, para guru-asatizah terlibat secara langsung melaksanakan peranan siyasah syar’iyyah dalam membina watan Pahang serta peradaban Islam yang berdaulat, bersyariat, dan beradat.

Sesi perkongsian turut disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Mohd Suid, mudir Maahad An-Noer yang berkongsi pengalaman pelaksanaan Kurikulum Wajib, panduan serta pendekatan praktikal dalam membantu guru-asatizah memperkukuhkan kaedah pengajaran mereka. Perkongsian tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi masing-masing.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pendidikan maahad tahfiz, madrasah dan pondok di Negeri Pahang, khususnya dalam memastikan pelaksanaan Kurikulum Wajib dapat berjalan dengan lebih berkesan, tersusun dan memberi impak positif kepada para pelajar demi kelangsungan peradaban ummah.

“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”

#FiqhalWatan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original