๐Ÿ“š Siri 4 | Tokoh Keilmuan dan Peradaban Islam

Peradaban Islam dibangunkan atas sumbangan para ilmuwan yang mempertahankan akidah, mengembangkan tradisi keilmuan serta membina asas pemikiran yang kukuh untuk umat sepanjang zaman.
Dalam siri kali ini, kita menelusuri kehidupan Imam Abu Bakar Ibn Furak, seorang tokoh agung Asha'irah yang memainkan peranan besar dalam mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta memperkukuhkan disiplin ilmu kalam melalui gabungan dalil wahyu dan hujah rasional.

ุงู„ุฅู…ุงู… ุฃุจูˆ ุจูƒุฑ ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุงู„ุญุณู† ุจู† ููˆุฑูƒ ุงู„ุฃู†ุตุงุฑูŠ ุงู„ุฃุตุจู‡ุงู†ูŠ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡
(330H/941M โ€“ 406H/1015M)

๐Ÿ”น Nama: Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan bin Furak al-Ansari al-Asbahani
๐Ÿ”น Gelaran: Al-Ustaz al-Imam, Ra's al-Asha'irah (Tokoh Utama Asha'irah), Shaykh al-Mutakallimin
๐Ÿ”น Mazhab: Syafiโ€˜i
๐Ÿ”น Akidah: Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asha'irah)

๐Ÿ“– Sumbangan
โ–ช๏ธ Antara tokoh terbesar dalam bidang akidah, usul fiqh, tafsir, hadis dan ilmu kalam pada abad ke-4 Hijrah.
โ–ช๏ธ Menghasilkan hampir 100 karya ilmiah dalam bidang usuluddin, usul fiqh, tafsir al-Quran dan hadis.

Antara karya agung beliau ialah:
โ€ข Mujarrad Maqalat al-Imam al-Ashโ€˜ari
โ€ข Mushkil al-Hadith
โ€ข Tafsir Ibn Furak

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru
โ€ข Abu al-Hasan al-Bahili
โ€ข Abdullah bin Jaโ€˜far al-Asbahani

๐ŸŽ“ Murid Terkenal
โ€ข Imam al-Bayhaqi
โ€ข Imam al-Qushayri
โ€ข Abu Uthman al-Maghribi

๐Ÿ›ก๏ธ Perjuangan
Imam Ibn Furak terkenal sebagai pembela akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang gigih menolak fahaman Mujassimah dan Karramiyyah. Ketegasan beliau dalam mempertahankan manhaj Asha'irah menyebabkan beliau difitnah oleh golongan tersebut. Setelah kembali dari Ghaznah menuju Nishapur, beliau akhirnya diracun dalam perjalanan dan wafat pada tahun 406H/1015M. Jenazah beliau kemudian dikebumikan di al-Hirah, Nishapur.

๐ŸŒŸ Pengiktirafan Ulama
Imam al-Hakim al-Naysaburi berkata:
"Allah menghidupkan kembali pelbagai cabang ilmu di negeri kami melalui beliau."

Imam Ibn 'Asakir pula menyatakan bahawa karya-karya beliau dalam usuluddin, usul fiqh dan tafsir hampir mencecah 100 buah kitab.

Sesungguhnya Imam Ibn Furak merupakan seorang imam besar yang menghimpunkan fiqh, usul fiqh, akidah, tafsir, hadis dan ilmu kalam serta menjadi benteng utama dalam mempertahankan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Disediakan oleh:
Nik Mohd Sofa'Urrahman Bin Nik Mohd Rosdi

#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat
#TokohKeilmuan
#TokohPeradaban
#Ashairah
#IlmuKalam
#IbnFurak

View original on Facebook