
MESYUARAT MAJLIS MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG BERSAMA WARGA TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK SEMPENA SAMBUTAN 556 TAHUN KESULTANAN PAHANG
Pekan, 6 Ogos 2026 – Mesyuarat Majlis Menjunjung Kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bersama warga tahfiz, madrasah dan pondok sempena Sambutan 556 Tahun Kesultanan Pahang telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH. Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, bagi menyelaras persiapan serta pelaksanaan majlis yang bakal menghimpunkan institusi tahfiz, madrasah dan pondok dari seluruh negeri Pahang.
Turut hadir ialah YH. Dato' Maulana Che Wan Hilmi bin Wan Mohamed, Presiden Ikatan Madrasah Pahang (IMP) yang menyertai mesyuarat secara dalam talian, YBhg. Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), YBhg. Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang (PKZWP), YBhg. Ustaz Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta YBhg. Ustaz Mohd Azri bin Salehud-din, Ketua Unit Pendidikan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Penganjuran program ini juga mencerminkan semangat kesetiaan, kebersamaan serta penghargaan warga tahfiz, madrasah dan pondok terhadap institusi Kesultanan Pahang yang terus menjadi payung kepada agama, bangsa dan negeri sejak 556 tahun yang lalu.
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





