8 OKTOBER 2026 | KHATAM PENGAJIAN MATAN AL-BAIQUNIYYAH

TAKWIN AL-JIL AL-AZHARI: MEMPERKASA TRADISI KEILMUAN MAHASISWA PAHANG DI MESIR

Alhamdulillah, para peserta Program Takwin Al-Jil Al-Azhari anjuran Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) dengan kerjasama Majlis Muafakat Anak-Anak Pahang Mesir (MIFTAH) telah berjaya mengkhatamkan pengajian Kitab Syarah al-Manzumah al-Baiquniyyah dalam bidang ilmu Mustalah Hadis bersama Syeikh Ayman ‘Arif ad-Dimasyqi pada 8 Oktober 2026.

Pengajian ilmu mustolah hadis ini merupakan sebahagian daripada pengisian Program Takwin Al-Jil Al-Azhari yang menghimpunkan pengajian bersama para masyayikh dan pendyarah dari Universiti Al-Azhar, merangkumi beberapa disiplin ilmu turath, antaranya ilmu Mustalah Hadis, ilmu Akidah menerusi pengajian Syarah Umm al-Barahin serta ilmu Mantik menerusi pengajian Matan al-Sullam.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan berharga buat para mahasiswa untuk terus mendalami khazanah keilmuan Islam, seterusnya mengamalkan dan menyebarluaskan manfaatnya apabila kembali ke tanah air kelak. Diharapkan mereka dapat menyumbang kepada pengembangan ilmu, pembinaan masyarakat beragama dan pembangunan watan berteraskan tradisi keilmuan Islam yang muktabar.

Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM)
Membudayakan Ilmu, Memperkasakan Watan.

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#FardhuAin
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang

View original on Facebook