
RUJUKAN UTAMA FIQH AL-WATAN: HUKUM KANUN PAHANG SERTA KARYA ALAM MELAYU DAN GLOBAL
Fiqh al-Watan mengangkat kepentingan merujuk sumber keilmuan yang muktabar dalam memahami siyasah syar‘iyyah, termasuk khazanah ketatanegaraan Alam Melayu serta Hukum Kanun Pahang sebagai warisan perundangan yang mencerminkan tradisi pemerintahan Islam di negeri ini.
Perbincangan turut menekankan kepentingan karya ulama seperti Imam al-Mawardi, Imam al-Juwaini, Imam al-Ghazali dan Ibnu Khaldun, di samping karya ketatanegaraan Alam Melayu seperti Tajul Salatin dan Thamarat al-Muhimmah. Khazanah ini perlu dikaji dan difahami agar prinsip pemerintahan serta tadbir urus dapat diteliti berdasarkan ilmu, dalil dan realiti semasa (waqi‘).
Fiqh al-Watan: Menelusuri khazanah keilmuan, memartabatkan warisan pemerintahan dan mengangkat ilmu sebagai asas tadbir urus.
"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





