AGENDA FIQH AL-WATAN DIPERKUKUH MELALUI PEMBENTUKAN PERANAN PENDIDIK TPQ MUIP

PEKAN, 11 Jun 2026 – Program Induksi Fiqh Al-Watan & Pemantapan Pengajaran Al-Quran Guru Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) MUIP melabuhkan tirainya dengan penekanan terhadap peranan strategik para pendidik dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan mempunyai kecintaan terhadap agama, negeri dan negara.

Sesi terakhir program dimulakan dengan pembentangan bertajuk Hubbul Watan: Peranan Pendidik TPQ MUIP yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur. Pengisian tersebut menekankan tanggungjawab guru sebagai pemimpin dalam menerapkan kefahaman asas agama yang sahih serta membentuk jati diri murid berteraskan prinsip Fiqh Al-Watan sejak peringkat pendidikan awal.

Para peserta turut terlibat dalam sesi pembentangan Agenda Bertindak yang memfokuskan kepada perancangan dan pelaksanaan inisiatif bagi memperkukuhkan pengajaran serta penghayatan Fiqh Al-Watan di institusi masing-masing. Agenda yang dibentangkan merangkumi cadangan program, pendekatan pengajaran dan langkah susulan yang boleh dilaksanakan secara berterusan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pendidikan fardhu ain, pemupukan kecintaan kepada tanah air serta pembentukan jati diri dalam kalangan anak-anak TPQ.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek yang merangkumi asas pembinaan watan, penghayatan sejarah dan peradaban Islam Negeri Pahang, teknik pengajaran yang berkesan serta pemerkasaan peranan guru sebagai agen pembentukan masyarakat. Keseluruhan pengisian ini disusun bagi memperkukuhkan kefahaman para pendidik terhadap hubungan antara agama, ilmu, peradaban dan institusi Kesultanan sebagai teras pembinaan sebuah watan yang sejahtera.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur. Diharapkan program ini dapat melahirkan barisan pendidik TPQ MUIP yang bukan sahaja cemerlang dalam penyampaian ilmu Al-Quran dan fardhu ain, malah berupaya menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang memahami identiti watan, menghormati institusi Kesultanan serta berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original