
SESI PENCERAHAN FIQH AL-WATAN MAHASISWA BAHARU UCYP
Dalam usaha memperkukuh jati diri dan kefahaman mahasiswa terhadap tanggungjawab sebagai warga yang berperanan dalam masyarakat, Universiti College of Yayasan Pahang (UCYP) telah menganjurkan Sesi Pencerahan Fiqh Al-Watan khusus untuk mahasiswa baharu. Program yang disertai oleh 360 orang pelajar ini bertujuan memperkenalkan konsep dan penghayatan Fiqh Al-Watan sebagai panduan dalam memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negeri serta negara menurut perspektif Islam.
Selain itu, para mahasiswa turut didedahkan dengan kepentingan ilmu fardu ain yang merangkumi tauhid, fekah dan tasawuf sebagai asas pembentukan Muslim yang seimbang. Turut ditekankan ialah peranan institusi Kesultanan Melayu sebagai payung negeri yang menjadi tonggak kestabilan, perpaduan dan identiti watan, di samping memelihara agama Islam, adat istiadat serta keharmonian masyarakat majmuk.
Program ini bertujuan menyemai rasa cinta kepada Negeri Pahang Darul Makmur dan meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa melalui sikap hormat, pematuhan undang-undang dan penglibatan dalam pembangunan masyarakat. Diharapkan pendedahan ini dapat membentuk mahasiswa yang berilmu, berakhlak, berjiwa patriotik serta berperanan sebagai agen perpaduan demi kesejahteraan negeri dan negara.
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





