
๐ BAHTHUL MASAIL PERDANA ILMUAN NEGERI PAHANG 2026
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
Menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) terus memperkukuhkan peranannya sebagai pusat pengembangan ilmu, pemerkasaan turath Islami dan pembangunan peradaban Islam di Negeri Pahang Darul Makmur.
Sehubungan itu, IIDM akan menganjurkan Bahthul Masail Perdana Ilmuan Negeri Pahang 2026 pada:
๐
27โ28 Jun 2026
๐ Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan
Program ini merupakan platform perbahasan ilmiah berteraskan tradisi turath Islam yang menghimpunkan para ulama, asatizah, pegawai hal ehwal Islam, wakil institusi agama, ahli akademik serta ilmuan dari seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu fiqh semasa menurut manhaj Mazhab Syafie.
Empat isu utama akan dibahaskan dalam dua sidang perbincangan:
๐น Wanita bermusafir tanpa mahram
๐น Tidak membayar cukai
๐น Pengagihan zakat secara persendirian tanpa melalui institusi rasmi
๐น Lembu sesat: hukum, tanggungjawab dan realiti semasa
Perbahasan akan dilaksanakan berdasarkan disiplin turath muktabar dengan mengambil kira tarjih ulama muta'akhirin serta proses muafakat antara para mubahithin, lajnah perumus dan lajnah musahih bagi menghasilkan resolusi yang berautoriti dan bertepatan dengan keperluan semasa.
Penganjuran program ini bertujuan untuk:
โ
Membantu pihak berautoriti dalam menangani isu-isu hukum syarak semasa.
โ
Membudayakan tradisi perbahasan ilmiah dalam kalangan asatizah dan ilmuan.
โ
Memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi agama, akademik dan pondok.
โ
Menghidupkan kembali tradisi keilmuan Islam berasaskan khazanah turath yang muktabar.
Semoga program ini menjadi wadah penyuburan budaya ilmu, pengukuhan kefahaman agama serta pemerkasaan institusi Islam demi kesejahteraan ummah dan pembangunan Negeri Pahang Darul Makmur.
"Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang."
#BahthulMasailPahang2026
#InstitutIlmuDarulMakmur
#IIDM
#FiqhAlWatan
#TurathIslami
#KesultananPahang





