Skip to main content

ZIARAH DAN LAWATAN IIDM-MUIP SANTUNI MUDIR, PENGUSAHA DAN GURU PUSAT TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK, PERKASAKAN PELAKSANAAN KURIKULUM WAJIB (TAUHID -FEKAH-TASAWUF)

12 Mei 2026 – Pegawai Hal Ehwal bersama FELO Fiqh Al-Watan IIDM-MUIP menjalankan aktivit berkala menziarahi & melawati pusat tahfiz, madrasah & pondok. Ziarah dan lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim bersama mudir, pengusaha dan guru yang menjadi tulang belakang pembangunan pendidikan Islam di negeri ini, disamping meninjau pelaksanaan Kurikulum Wajib di pusat tahfiz, madrasah dan pondok.

Pusat Tahfiz, madrasah dan pondok yang sempat diziarahi & dilawati :

1. Madrasah Ummu Athiyyah Lil Banat
2. Maahad Tahfiz Wal Arabiah Al-Amin
3. Madrasah Al-Alamiyyah
4. Madrasah Ribat Sullamuttaufiq (Pekan)
5. Madrasah Tahfiz al Hajj (Kuantan)
6. Madrasah Darus Salam
7. Maahad Tahfiz Al-Quran Tok Montok
8. Tahfiz Ummul Qurra Lil Banat

IIDM-MUIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak mudir dan para guru menyambut baik dan mesra kedatangan pegawai dan FELO IIDM-MUIP.

Perkara yang dibincangkan ketika pertemuan, berkaitan keadaan semasa guru dan pelajar, perkembangan institusi, serta pelaksanaan Kurikulum Wajib yang sedang dijalankan. Selain itu, turut dibincangkan ialah cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh institusi dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut, khususnya dalam tempoh pelaksanaannya yang kini semakin berkembang. Pertukaran pandangan dan cadangan daripada pihak institusi amat membantu dalam memperkemaskan usaha pemerkasaan Fardhu ‘Ain di negeri ini.

Diharapkan ziarah dan lawatan yang dilaksanakan secara berterusan ini dapat mengeratkan hubungan antara IIDM-MUIP dengan para mudir, pengusaha dan guru pusat tahfiz, madrasah dan pondok. Usaha ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pengukuhan pelaksanaan Kurikulum Wajib serta memperkasakan penguasaan Fardhu ‘Ain dalam kalangan pelajar sebagai asas pembinaan peradaban Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang Darul Makmur.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

“FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG”

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KurikulumWajib
#FardhuAin

View original