
Kuliah ini menampilkan Muzium Sultan Abu Bakar sebagai sebuah makmal simulasi yang hidup dalam memahami konsep Fiqh al-Watan. Muzium tidak sekadar ruang pameran statik, tetapi berfungsi sebagai wahana pembinaan kefahaman sejarah, identiti dan sistem kehidupan berteraskan Islam di negeri Pahang.
Pada masa kini ramai masyarakat masih salah faham terhadap peranan muzium, menganggapnya tidak penting atau membosankan. Hakikatnya, muzium merupakan ruang pembelajaran berasaskan
pengalaman yang menggabungkan elemen visual, artifak dan naratif untuk membentuk kefahaman yang lebih mendalam berbanding pembacaan tekstual semata-mata. Di sinilah pentingnya visual literacy – keupayaan memahami makna melalui gambaran dan simbol sejarah. Melalui susun atur galeri, muzium ini membina naratif yang selari dengan kerangka Fiqh al-Watan, antaranya:
•Dimensi Kesultanan – memaparkan peranan institusi raja sebagai pemelihara agama dan
kesinambungan fungsi kenabian dalam konteks siyasah sultaniyyah.
•Adat resam dan sosiobudaya – seperti galeri masakan dan kehidupan rakyat, yang menggambarkan identiti serta kreativiti masyarakat Pahang.
•Alam sekitar (bi’ah) – menunjukkan hubungan manusia dengan alam dalam pembentukan tamadun.
•Sejarah Islam – melalui muzium masjid yang menjelaskan perkembangan Islam secara global dan khusus di Pahang.
Kuliah ini juga menekankan bahawa Islam di Pahang bukan muncul secara tiba-tiba, tetapi
berkembang melalui proses sejarah yang panjang dan tersusun. Hal ini dapat dilihat melalui kewujudan sistem pemerintahan, perundangan seperti Hukum Kanun Pahang, institusi pendidikan, serta kegiatan ekonomi yang membentuk manifestasi peradaban Islam.
Keseluruhannya, Muzium Pekan digambarkan sebagai mikrokosmos negeri Pahang, yang merumuskan keseluruhan unsur Fiqh al-Watan dalam satu ruang. Ia menjadi medium penting untuk membina jati diri, memperkukuh kesedaran sejarah, serta memahami naratif Islam dalam konteks kenegaraan. Oleh
itu, lawatan ke muzium ini sangat digalakkan sebagai sebahagian daripada pendekatan pendidikan yang holistik, khususnya dalam program-program bersama IIDM
“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





