
WARGA KHIDMAT IIDM SERTAI KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL & PENGURUSAN MAJLIS
Kuantan,1 Julai 2026-Warga khidmat Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif IIDM, Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, telah menyertai Kursus Protokol, Etiket Sosial & Pengurusan Majlis yang berlangsung di Pahang Skills Development Centre, Kuantan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Zuki bin Mohamad. Penyertaan ini bertujuan memperkukuh kefahaman warga khidmat IIDM dalam aspek protokol rasmi, tatacara etiket sosial serta pengurusan majlis yang lebih tersusun dan profesional, selaras dengan keperluan semasa dalam melaksanakan tugasan rasmi dan penganjuran program institusi.
Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta imej profesional IIDM pada masa akan datang.
“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





