KUNJUNG HORMAT TUAN QADHI DAERAH JENGKA DAN PENCERAHAN FIQH AL-WATAN MASYARAKAT ORANG ASLI SG BANGKONG

Jengka, 18 Jun 2026 – Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) meneruskan usaha menyebarluaskan kefahaman Fiqh al-Watan melalui kunjung hormat kepada Tuan Qadhi Daerah Jengka Al Fadhil Ustaz Mohd Fariq bin Jamaluddin dan juga Pencerahan Fiqh al-Watan bersempena Program Ziarah Ukhuwah Dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Sg Bangkong.

Kunjung hormat Tuan Qadhi Daerah Jengka dibuat untuk menjalin kerjasama PAID Jengka bagi menyampaikan Fiqh al-Watan di masjid-masjid dan surau di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Jengka serta mengadakan Program Pencerahan Fiqh al-Watan kepada Pegawai-pegawai Masjid dan Pengurusan Masjid.

Turut berlangsung Program Ziarah Dakwah, Ukhwah dan Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli Sg Bangkong dan IIDM diberikan satu slot Pencerahan Fiqh al – Watan. Al Fadhil Ustaz Hafizan memberi penerangan tentang kepelbagaian agensi yang mempunyai peranan tersendiri yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada anak Watan negeri Pahang tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan latarbelakang. Turut diberi penekanan peranan besar Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan sebagai Raja Pemerintah dan Ketua Agama Islam di Negeri Pahang.

Semoga program pencerahan ini memberikan kefahaman kepada peserta dan program-program yang dirancang bersama Tuan Qadhi Daerah Jengka berjaya dilaksana bagi mencapai matlamat menjaga Kedaulatan, Kerukunan dan Kelestarian di Watan Pahang.

"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"

#Fiqh al-watan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunkesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original