
LIVE SIRI KULIAH FIQH AL-WATAN
Tatacara Kehidupan Bertanah Air Umat Islam Negeri Pahang
📚Kuliah 12: RUJUKAN PENYELIDIKAN FIQH AL-WATAN
💻Platform : Facebook Institut Ilmu Darul Makmur
🎤Oleh Prof. Madya Dr. Amran Bin Muhammad,
Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur –
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (IIDM-MUIP)
Fiqh al-Watan merupakan satu wacana dan projek besar yang menggabungkan dua dimensi utama:
a) Projek keilmuan – membudayakan tradisi ilmu
b) Projek siyasah – memperkasakan watan dan kenegaraan
Pendekatan ini dibangunkan berasaskan dalil, kajian ilmiah dan realiti (waqi‘), serta tidak bergantung kepada persepsi atau dorongan emosi semata-mata. Pelaksanaannya digerakkan melalui penyelidikan yang berakar kukuh dalam tradisi keilmuan Islam.
Antara rujukan utama ialah karya-karya turath dalam siyasah syar‘iyyah seperti al-Ahkam al Sultaniyyah oleh Al-Mawardi, Ghiyath al-Umam oleh Imam al-Juwayni, Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Nasihat
al-Muluk oleh Imam al-Ghazali, serta al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun.
Tradisi keilmuan Alam Melayu seperti Tajus Salatin, Sulalatus Salatin dan Bustanus Salatin turut menjadi rujukan penting dalam membentuk kerangka siyasah syariah yang selari dengan realiti
tempatan dan lebih bersifat waqi‘.
Dalam konteks Pahang, Hukum Kanun Pahang diangkat sebagai karya agung (magnum opus) serta rujukan muktabar dalam pembinaan Fiqh al-Watan. Kedudukannya diperkukuh melalui pelbagai kajian kontemporari yang menyentuh aspek sejarah, perundangan, kedaulatan dan identiti negeri. Selain itu, IIDM telah mengusahakan 15 buah monograf dan kajian akademik yang menjadi asas kepada pembinaan teori dan epistemologi Fiqh al-Watan, meliputi aspek:
* legitimasi kepimpinan
* tadbir urus Islam
* dekolonisasi ilmu
* konsep civilizational state
* peranan ulama
* pendekatan wasatiyyah dalam menangani ekstremisme
Keseluruhannya, Fiqh al-Watan berperanan membina jati diri negeri dan umat berteraskan ilmu, di
samping memastikan pembangunan tidak terjerumus dalam kekeliruan dan ketidakteraturan yang
berpunca daripada persepsi yang tidak berasaskan ilmu.
“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





