
MULTAQA ULAMA DAN ASATIZAH NEGERI PAHANG
KUALA KRAU, 16 OKTOBER 2026- Program Multaqa Ulama dan Asatizah Negeri Pahang telah berlangsung di Masjid Felda Jengka 23, Kuala Krau, Pahang, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah menyampaikan pencerahan berkaitan Fiqh al-Watan, dengan menekankan kepentingan memastikan rakyat Pahang lebih memahami dan menghayati Fiqh al-Watan sebagai asas pembentukan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, memelihara keharmonian serta memperkukuh kesatuan ummah dan negeri, termasuk menghayati prinsip ketaatan kepada Sultan sebagai ketua negeri dan agama Islam di Negeri Pahang.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh jaringan dakwah, pembangunan belia serta penyampaian khidmat sosial dan kebajikan melalui kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, NGO Islam, institusi pendidikan dan komuniti.
Inisiatif ini diharapkan dapat memperluas capaian dakwah serta membentuk masyarakat Pahang yang berilmu, berakhlak, prihatin dan sejahtera, selaras dengan aspirasi Pahang 1st.
Majlis tersebut turut menampilkan beberapa tokoh yang menyampaikan ucapan dan pembentangan, iaitu Ustaz Aizuddin Hakim bin Mohd Yusof, Pengarah YADIM Negeri Pahang; Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Fauzi bin Azmi, Pensyarah Kanan merangkap Timbalan Komandan KOR SISPA, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka; serta Tuan Guru Ustaz Barkatullah bin Mohd Bahari, Tuan Guru Zamalah IIDM (Fiqh Al-Watan)
"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





