Skip to main content

Kuantan, 18 Februari 2025 – Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan ahli Bahthul Masail IIDM.

Pembentukan ahli Bahthul Masail ini bertujuan untuk membincangkan cabaran dan isu-isu semasa yang dihadapi umat Islam, khususnya di Pahang sekaligus memperkukuhkan budaya ilmu dan penyelidikan di Pahang.

Majlis penyampaian watikah kepada 17 ahli Bahthul Masail telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad; Pengarah Eksekutif IIDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Ali bin Mat Dasir; Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP, Al-Fadhil Ustaz Mohd Azri bin Salehuddin; Ketua Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP yang juga merupakan ahli Bahtsul Masail IIDM, Al-Fadhil Tuan Guru Ahmad Fuad Bin Amran; Zamalah Tasawuf IIDM, Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Barakatullah; Zamalah Fiqh Al-Watan IIDM.

Semua ahli yang dilantik mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang Tauhid, Fekah, Usul-Fiqh dan Tasawuf. Kumpulan Program Bahthul Masail ini disertai oleh Ustaz Solah Bin Abd Aziz, Ustaz Mohd Hafizuddin Bin Hasan, Ustaz Syed Muhammad Akhiar Bin Syed Mohssin, Ustaz Muhd Fida’iy Bin Adnan, Ustaz Khairul Anam Bin Mohamad Hamdan, Ustaz Syed Ali Zainal Abidin Alkaff Bin Syed Mohssin, Ustaz Syed Jaafar Sadeq Alkaff B Syed Mohssin, Tuan Haji Mohd Ali Bin Mat Dasir, Ustaz Mohd Azri bin Salehuddin, Ustaz Sh. Mohd Firdaus b Sh. Othman, Ustaz Muhammad Khairudin bin Husin, Ustaz Muhammad Muzil Adli bin Naemat, Ustaz Muaz Bin Zakaria, Ustaz Fahmi bin Zahari, Ustaz Ahmad Luqman Bin Zulkefli, Ustaz Nik Mohd Sofa’Urrahman Bin Nik Mohd Rosdi , Ustaz Mohamad Hafizan Bin Baharum.

Majlis diteruskan dengan bengkel Bahthul Masail bertujuan memberikan pendedahan mengenai proses perjalanan Bahthul Masail yang disampaikan oleh Tuan Guru Zamalah IIDM TG Ahmad Fuad Bin Amran.

Sesi petang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi membentangkan modul Bahthul Masail yang telah dipraktikkan di peringkat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bengkel ini telah memberi pendedahan dan pencerahan kepada semua ahli Bahthul Masail yang terlibat, menjadikan ia satu langkah positif dalam usaha mengerakkan aktiviti Bahthul Masail yang akan dilaksanakan di peringkat IIDM-MUIP.

Diharapkan dengan perlantikan dan penglibatan ahli Bahthul Masail ini dapat mencapai visi dan misi IIDM-MUIP sebagai pusat pembudayaan ilmu Negeri Pahang sekaligus memperkasakan Watan Islam Pahang.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”