PROGRAM FELO PERSIAPKAN 134 PELAJAR PAHANG KE TIMUR TENGAH DENGAN KEFAHAMAN FIQH AL-WATAN

Program FELO (Fiqh Al-Watan; Education & Leadership Outreach) menerusi Bengkel Persediaan Pelajar Pahang Ke Timur Tengah Tahun 2026 merupakan program tahunan yang dianjurkan sebagai persediaan kepada anak-anak Pahang sebelum berangkat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Seramai 134 orang anak-anak Pahang yang bakal menyambung pengajian ke Mesir, Jordan, Maghribi dan Yaman telah menyertai program ini sebagai langkah awal membina kefahaman bahawa perjalanan menuntut ilmu di luar negara tidak hanya terhenti pencapaian peribadi, malah ia turut membawa amanah sebagai anak negeri yang mewakili maruah agama, negeri dan tanah air.

Dalam konteks pembinaan jati diri watan Pahang, kefahaman terhadap fardhu ain dan ilmu turath menjadi asas penting agar para pelajar mengenal akar tradisi keilmuan Islam, menghargai warisan negeri serta memahami kedudukan agama dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegeri. Asas ini penting supaya anak-anak Pahang yang berada di luar negara mampu membawa diri sebagai penuntut ilmu yang matang, berprinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan kefahaman yang terpisah daripada tradisi keilmuan Islam.

Program ini diharap dapat menjadi platform awal dalam membina kefahaman anak-anak Pahang sebelum meneruskan pengajian di Timur Tengah, agar mereka mampu membawa imej penuntut ilmu yang berdisiplin, beradab dan berwawasan.

“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”

#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original