Skip to main content

PROGRAM FIQH AL-WATAN PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG SIRI 1

Program ini telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif memperkukuh kefahaman serta penghayatan konsep fiqh al-watan dalam kalangan kepimpinan tertinggi jabatan. Program ini menjadi platform penting dalam menyatukan perspektif agama dan tanggungjawab kenegaraan demi memastikan pentadbiran yang selari dengan tuntutan syariah dan keharmonian masyarakat.

Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian ilmiah yang menyentuh aspek peranan pemimpin, kepentingan kesetiaan kepada negara, serta tanggungjawab menjaga kestabilan dan kesejahteraan ummah. Perkongsian daripada penceramah berpengalaman turut memberi nilai tambah dalam membentuk pemikiran strategik dan berteraskan prinsip Islam dalam konteks pentadbiran semasa.

Penganjuran program ini diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan kepimpinan yang lebih berwibawa dan berdaya saing dalam menerajui pembangunan peradaban Islam di negeri Pahang.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#SUK
#Pahang1st

View original