Skip to main content

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah Subhanallah Ta‘ala. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan juga pihak Insitut Ilmu Darul Makmur kena meganjurkan program Fiqh al-Watan ini. Dengan program ini, banyak pengetahuan yang diperolehi mengenai sistem Kesultanan Pahang.

Saya berharap program ini dapat diteruskan bukan sahaja peringkat jabatan malah kita akan mempergiatkan program ini diperingkat masyarakat supaya ada kefahaman dikalangan masyarakat berkaitan sistem Kesultanan Pahang ini melalui program Fiqh al-Watan. – Encik Wan Muhamad Nasrullah Bin Wan Mohd Zawawi, Peserta Program Fiqh al-Watan
JAIP Siri 1

Penganjuran program ini diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan kepimpinan yang lebih berwibawa dan berdaya saing dalam menerajui pembangunan peradaban Islam di negeri Pahang.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

#FiqhAlWatan #KerajaanKesultanan #DaulahIslam #PeradabanPahang #555TahunKesultanan #PeradabanIslamPahang #KerajaanNegeriPahang #SUK #JAIP

View original