
PROGRAM INDUKSI FIQH AL-WATAN & PEMANTAPAN PENGAJARAN AL-QURAN GURU TPQ MUIP
Pekan, 9 Jun 2026- Program Induksi Fiqh Al-Watan & Pemantapan Pengajaran Al-Quran Guru TPQ MUIP telah menghimpunkan para guru TPQ sebagai pelaksana utama pendidikan awal Islam yang memainkan peranan besar dalam pembentukan asas ilmu dan sahsiah generasi muda di negeri Pahang.
Pengisian bertajuk βPengenalan Inisiatif Fiqh Al-Watan & Fardhu Ain Asas Pembinaan Watanβ telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur yang menekankan Fiqh Al-Watan sebagai kerangka pemahaman yang membentuk kesedaran tanggungjawab guru dalam mendidik masyarakat berteraskan nilai Islam dan kesejahteraan negara.
Tumpuan utama turut diberikan kepada kepentingan penguasaan Fardhu Ain dalam kalangan guru TPQ sebagai asas yang wajib difahami, dihayati dan diperkukuhkan sebelum disampaikan kepada anak murid. Aspek seperti akidah, ibadah asas, adab, dan pembentukan akhlak Islam ditekankan sebagai inti pati utama yang perlu diterapkan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di TPQ.
Para guru turut diingatkan bahawa pengajaran Fardhu Ain bukan sekadar penyampaian ilmu secara teori, tetapi merupakan proses pembinaan jiwa dan amalan harian yang perlu dicontohi terlebih dahulu oleh pendidik sebelum dipindahkan kepada murid dalam bentuk didikan yang berkesan dan berhemah. Melalui pendekatan yang tersusun dan berkesinambungan, para guru TPQ berperanan memastikan setiap anak murid memperoleh asas Fardhu Ain yang kukuh, termasuk kefahaman akidah yang sahih, pelaksanaan ibadah yang betul, serta pembentukan adab dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman dan peranan guru TPQ MUIP sebagai agen pendidikan yang berkesan dalam membina generasi berteraskan Fardhu Ain yang mantap, berdisiplin dan berakhlak mulia.
βππππππππππππ ππππ, πππππππππππππ πππππβ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





