
PROGRAM PENCERAHAN FIQH AL-WATAN AL-AULAD
Kuantan, 12 Ogos 2026 – Program Pencerahan Fiqh al-Watan al-Aulad telah dilaksanakan di Tadika Pintar Al-Quran MUIP Batu 3 sebagai usaha menyemai kefahaman asas berkaitan agama dan kecintaan terhadap watan dalam kalangan anak-anak sejak usia awal.
Program ini telah disampaikan oleh dua Felo Muda Fiqh al-Watan IIDM, Ustazah Ana Hakimah binti Saufi dan Ustazah Nur Farhana binti Hamat, dengan pendekatan yang santai, interaktif dan bersesuaian dengan peringkat umur para pelajar.
Program ini turut membuktikan bahawa Fiqh al-Watan sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak usia awal. Dengan pendekatan yang santai, interaktif dan bersesuaian dengan tahap pemahaman mereka, nilai-nilai kecintaan kepada agama, watan, adab serta tanggungjawab sebagai seorang Muslim dapat diterapkan secara mudah dan dekat dengan kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Tadika Pintar Al-Quran MUIP Batu 3, Puan Nor Farhana binti Yaarus, atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN.”
#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultananDanPeradabanIslamPahang
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





