Skip to main content

SIRI KULIAH FIQH AL-WATAN

Tatacara Kehidupan Bertanah Air Umat Islam Negeri Pahang

πŸ“šKuliah 3 : Teraju Pemerintahan Daulah Islam Pahang

πŸ’»Platform : Facebook Institut Ilmu Darul Makmur

🎀Oleh Prof. Madya Dr. Amran Bin Muhammad,
Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (IIDM-MUIP)

Usia Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang telah mencecah 556 tahun pada tahun 2026 ini dan ia merupakan suatu jangkamasa yang sangat panjang.

Siyasah Syar’iyyah Islam telah lama wujud di Tanah melayu termasuklah Negeri Pahang antara buktinya adalah kewujudan Hukum Kanun Pahang pada pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah sekitar tahun 1592-1614 masihi. Hukum Kanun Pahang ini merupakan satu mercu
tanda penting keabsahan Daulah Islam dan siyasah syar’iyyah Islam di Negeri Pahang. Kedatangan
British iaitu campur tangan asing dalam politik dan ekonomi Negeri Pahang sedikit pun tidak mengurangkan status Daulah Islam di Negeri Pahang.

Sistem Kesultanan Negeri Pahang merupakan pendokong dan penggerak Peradaban Islam Negeri Pahang sejak ratusan tahun sehinggalah ke hari ini. Oleh yang demikian sistem kesultanan ini sangat penting kerana rapatnya sistem kesultanan ini dengan dakwah, ibadah, akhlak dan siyasah Islam di negeri Pahang dan negeri-negeri yang memiliki sistem kesultanan.

Tradisi sistem kesultanan ini merupakan kesinambungan siyasah syar’iyyah Islam sejak zaman Nubuwwah iaitu zaman Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya diwarisi dengan sistem khalifah oleh 4 orang khalifah besar Islam dan kemudiannya diwarisi oleh sistem daulah Islam bermula
daripada era Peradaban Seljuk, Ayyubiyyah, Mamluk, Uthmaniah, Mughal dan akhirnya sistem Kesultanan Melayu.

Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menjalankan tanggungjawab siyasah syar’iyyahnya melalui 2 jalur pentadbiran utama iaitu jalur pertama bertanggungjawab sebagai badan tertinggi yang membuat dasar dan polisi berkaitan hal ehwai Islam iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan juga jalur pentadbiran kedua iaitu pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang mana kedua
duanya berperanan sebagai pembantu Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan dalam melaksanakan autoriti Baginda sebagai Ketua Agama dan Ketua Pemerintah negeri Pahang. Kesemua ini menunjukkan siyasah syar’iyyah Daulah Islam Negeri Pahang ini telah wujud dan berada di tahap yang maju dan tersusun.

Konsep waris pemerintah dalam ilmu siyasah syar’iyyah tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dilihat dengan wujudnya peranan Tengku Mahkota Pahang sebagai waris pengganti pemerintah.

Berdasarkan sejarah, Kesultanan Negeri Pahang mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan alim ulama antaranya kewujudan Hukum Kanun Pahang, terbinanya Pusat Tasawuf di Lubuk Pelang, Jerantut, karangan kitab Fekah Al-Sirat Al-Mustaqim oleh Sheikh Nuruddin Al-Raniri dan kewujudan
Pondok Tok Mengkasar dan Ali Mambang. Hubungan baik

Kesultanan dan para ulama ini menolak hujah Orientelis Barat yang mengatakan Institusi Kesultanan ini berkuasa mutlak dan bertindak sendirian dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua agama dan ketua pemerintah.
Kesimpulannya, teraju pemerintahan Daulah Islam Pahang ini dapat diabsahkan sejak 556 tahun dengan bukti-bukti nyata seperti Hukum Kanun Pahang, kewujudah tokoh alim ulama besar, kewujudan penulisan dan kitab hal ehwal Islam dan juga kewujudan pondok pengajian agama di Negeri Pahang sejak ratusan tahun dahulu.

β€œπŒπ„πŒππ”πƒπ€π˜π€πŠπ€π πˆπ‹πŒπ”, πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original