
HUKUM KANUN PAHANG MENYANGGAH MITOS RAJA BERKUASA MUTLAK CIPTAAN PENJAJAH DAN SARJANA BARAT
Antara persepsi negatif paling utama terhadap sistem kesultanan Islam ialah kewujudan sistem “raja berkuasa mutlak” yang sering dimomokkan kepada masyarakat umum dengan tujuan memburuk-burukkan sistem kesultanan Islam.
Persepsi negatif memburukkan sistem kesultanan Islam ini berasal dari para penjajah Barat yang kemudiannya dikembangkan oleh para sarjana Eropah khususnya golongan Orientalis dan kemudiannya dituruti oleh kelompok sarjana tempatan sama ada yang sekular dan tidak kurang juga yang islamik.
Sebenarnya sistem kesultanan Islam adalah sistem siyasah, pemerintahan, politik dan governan Islam yang mempunyai justifikasi syarak dan sejarah yang panjang sehingga ia terbukti menjadi sistem pemerintahan yang membentuk kecemerlangan dan kegemilangan Peradaban Islam sehinggalah sistem mula diruntuhkan oleh para penjajah dari Eropah.
Mitos “raja berkuasa mutlak” ini sengaja dipropagandakan bagi memudahkan para penjajah menggantikan sistem siyasah umat Islam kepada sistem ciptaan penjajah itu sendiri termasuklah sistem sekular demokrasi yang diamalkan dikebanyakan negara umat Islam hari ini.
Alhamdulillah, hasil kajian KDPB Tengku Ampuan Pahang melalui Hukum Kanun Pahang telah membuktikan bahawa Sultan memerintah bukan dengan kuasa mutlak tetapi dengan amanah Ilahi. Sultan menjadi pewaris sistem pemerintahan Islam bermula dari era nubuwwah (kenabian) kepada era khilafah seterusnya kepada era kesultanan sejak lebih 1000 tahun yang lalu.
Rakyat negeri Pahang wajib mensyukuri nikmat berada dalam sistem Kerajaan Kesultanan Melayu-Islam yang ternyata dterajui oleh KDPB Tuanku Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang yang bukan sahaja memahami amanah Ilahi malah juga menghayati tanggungjawab ini dalam melaksanakan Kerajaan Kesultanan mereka.
FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG
Prof Madya Dr Amran bin Muhammad
Pengarah Eksekutif
Institut Ilmu Darul Makmur
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#MuziumNegeriPahang





