
“Saya hari ini berbanggalah sebab dapat datang dan hadir kepada program seminar ini yang mengusulkan program Fiqh al-Watan maksudnya bagaimana kita ini nak kembali kepada tanah air terutamanya untuk rakyat Pahang.- Puan Nur haziqah binti Seth, Peserta Kursus Induksi Pemegang Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang Siri 5/2026
Program seperti ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah turut memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap peranan mereka sebagai pendidik agama dalam membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan cintakan watan. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan pihak penganjur dalam memastikan kesinambungan dakwah yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, selaras dengan aspirasi negeri Pahang untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Program ini dianjurkan oleh Institut Ilmu Darul Makmur dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menghimpunkan para pemegang tauliah mengajar agama dari seluruh negeri. Pelaksanaan kursus ini bertujuan memastikan penyampaian ilmu agama dilakukan secara lebih berautoriti, tersusun, serta selaras dengan dasar dan garis panduan agama negeri.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang





