INDUKSI HIKMAH IIDM 2026: MEMBINA KADER ILMUWAN YANG MEMPUNYAI GAGASAN PEMIKIRAN YANG BERAKAR PADA TRADISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah melaksanakan Induksi HIKMAH IIDM 2026 pada 16–18 Ogos 2026 bertempat di Hotel Sri Manja, Kuantan, Pahang.

Holistic Initiative Kader Mentorship & Academic Heritage (HIKMAH) ialah sebuah inisiatif pembinaan kader ilmu yang menggabungkan pengenalan Ilmu Falsafah, perkembangan pemikiran, tradisi keilmuan serta asas-asas Peradaban Islam.

Menariknya, pelaksanaan program ini merupakan kesinambungan daripada perjumpaan awal Ahli HIKMAH yang diadakan secara dalam talian pada 21 Julai 2026. Pertemuan tersebut menjadi titik awal kepada pembentukan ahli HIKMAH IIDM sehingga akhirnya dapat direalisasikan dalam bentuk pertemuan secara bersemuka melalui Induksi HIKMAH IIDM 2026.

Semoga program ini diberkati serta mendapat penerimaan oleh Allah SWT dalam usaha merancakkan perbincangan ilmu di negeri Pahang Darul Makmur ini.

#HIKMAHIIDM
#InstitutIlmuDarulMakmur
#MembudayakanIlmu
#MemperkasaWatan
#IlmuKalam
#UsulFiqh
#Tasawwuf
#FalsafahIslam
#PeradabanIslam
#KaderIlmu

View original on Facebook