
Kuliah Akidah Asyairah Siri- 5
📘 Pengenalan Kitab al-Hafidah (1)
🎙️ Disampaikan oleh:
Dr Khairul Annam bin Yazid
Kitab al-Hafidah ialah sebuah karya ringkas dalam ilmu tauhid yang ditulis oleh Imam al-Sanusi, seorang tokoh besar akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah beraliran Asy‘ari. Kitab ini disusun dengan tujuan memelihara dan menjaga akidah umat Islam, khususnya bagi mereka yang baru mempelajari ilmu tauhid.
Melalui pengajian ini, kita akan menelusuri perbahasan asas ketuhanan dan kenabian melalui pengenalan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT, dengan dalil dan bukti ringkas bagi setiap sifat. Walaupun ringkas, kandungannya sesuai untuk meneguhkan akidah dan jati diri seorang Muslim serta menjadi benteng penting dalam menghadapi kekeliruan pemikiran semasa.
Semoga pengajian ini menjadi wasilah untuk kita memperkukuh keyakinan, meluruskan pegangan dan meneguhkan hati dalam aqidah yang benar. Mudah-mudahan setiap langkah kita dalam menuntut ilmu ini dikira sebagai amal soleh yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang





