Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Bersama Institut Ilmu Darul Makmur (MUIP-IIDM) Menganjurkan Kursus Induksi Pemegang Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang Siri II Tahun 2024
KHAMIS, 22 OGOS 2024 – Kursus Induksi Pemegang Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang Siri II Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Kursus Induksi ini adalah anjuran Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang melalui Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM). Kursus Induksi ini telah dirasmikan oleh Datoโ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). 250 pemegang Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Negeri Pahang dan guru-guru briged MUIP telah menyertai kursus ini.
Turut hadir dimajlis perasmian kursus ini termasuklah Prof Madya Dr Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif IIDM ; Prof. Dr. Hassan bin Ahmad, Pengerusi Panel Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang; Datoโ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang ; Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 ; Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP ; Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ; Tuan Haji Mohd Syarifuddin bin Mohd Saad, Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan ; Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam MUIP.
Pada sesi pagi, majlis ini diisi dengan pembentangan “Pokok Ilmu Peradaban Ahli Sunnah Wal Jamaah” oleh Pengarah Eksekutif IIDM, Prof Madya Dr Amran Muhammad. Pembentangan “Tauhid Asha’irah-Maturidiyyah: Teras Pemikiran & Peradaban” oleh Tuan Guru Syeikh Abd Raof bin Nurin, Zamalah Tauhid IIDM. Pembentangan “Fekah Mazhab Syafi’e Sebagai Tatacara Mengatur Kehidupan Beragama” oleh Tuan Guru Haji Muhammad Uwais Qarni bin Abdul Wahab al-Hafiz, Zamalah Fekah IIDM. Pembentangan “Memasyarakat Tasawuf al-Ghazali : Pembentukan dan Pengawalan Diri” oleh Tuan Guru Ahmad Fuad bin Amran, Zamalah Tasawuf IIDM.
Pada sesi petang, majlis diteruskan dengan pembentangan “Fiqh Al-Watan Dalam Sejarah Pembinaan Peradaban Pahang” oleh Tuan Guru Haji Barakatullah bin Haji Muhammad Bahari, zamalah Fiqh al-Watan IIDM. Seterusnya, taklimat mengenai garis panduan mengajar agama Islam/berceramah di Negeri Pahang oleh Tuan Haji Mohammad Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan & Pembangunan Islam, MUIP.
Majlis penutup dirasmikan oleh Dato’ Haji Ahmad Hairi Bin Haji Hussain, dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa perakuan kebenaran mengajar ini berfungsi sebagai mekanisme untuk menjamin ajaran Islam yang disampaikan adalah benar dan selari dengan garis panduan mengajar agama di negeri Pahang, berdasarkan kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan kepada akidah mazhab Ashairah, fekah bermazhab al-Shafie, dan tasawuf Imam al-Junaid dan al-Ghazali adalah asas kepada pemahaman yang betul tentang ajaran Islam dan perlu dipertahankan.
Kursus Induksi ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan implikasi yang besar kepada semua pemegang perakuan kebenaran mengajar, guru-guru briged MUIP dalam menyokong aspirasi MUIP & IIDM dalam usaha mencetuskan peradaban Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah khususnya di watan Pahang Darul Makmur.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”