
ZIARAH DAN LAWATAN IIDM-MUIP KE PUSAT TAHFIZ, MADRASAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DALAM USAHA MEMPERKASA PELAKSANAAN KURIKULUM WAJIB
KUANTAN, 11 Mei 2026 – Al-Fadhil pegawai dan FELO IIDM-MUIP telah melaksanakan aktiviti ziarah dan lawatan berkala ke beberapa institusi pendidikan Islam; madrasah, pondok dan maahad tahfiz sekitar Kuantan dalam usaha menyantuni mudir serta guru, di samping memperkukuh pelaksanaan Kurikulum Wajib di institusi berkenaan.
Antara institusi yang sempat diziarahi dan dilawati ialah:
1. Akademi Tahfiz Al-Ameen Aspa Cottage, No 3, Lorong Desa Aspa 3, Aspa Cottage, 26150 Kuantan, Pahang.
2. Madrasah Kamaliah, Jalan Nyatuh, Kampung Cherok Paloh, 26610 Kuantan, Pahang
3. Madrasah Al-Quran Darul Mukhlasin, No 317, Lorong Cempaka Kg Sri Mahkota, Batu 12 Jalan Gambang, 26070 Kuantan, Pahang.
Pihak pengurusan institusi, mudir serta para guru telah menyambut baik dan mesra kehadiran wakil IIDM-MUIP. Sesi pertemuan dimanfaatkan dengan perbincangan berkaitan keadaan semasa guru dan pelajar, perkembangan institusi, serta pelaksanaan Kurikulum Wajib yang sedang dijalankan.
Selain itu, turut dibincangkan ialah cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh institusi dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut, khususnya dalam tempoh pelaksanaannya yang kini semakin berkembang. Pertukaran pandangan dan cadangan daripada pihak institusi amat membantu dalam memperkemaskan usaha pemerkasaan pendidikan Fardhu ‘Ain di negeri ini.
Diharapkan ziarah dan lawatan yang dilaksanakan secara berterusan ini dapat mengeratkan hubungan antara IIDM-MUIP dengan para mudir, guru serta pengusaha institusi pendidikan Islam. Usaha ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pengukuhan pelaksanaan Kurikulum Wajib serta memperkasakan penguasaan Fardhu ‘Ain dalam kalangan pelajar sebagai asas pembinaan peradaban Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang Darul Makmur.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”
“FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG”
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KurikulumWajib
#FardhuAin





