
PAHANG DAULAH ISLAM BERDAULAT, BERSYARIAT DAN BERADAT
Alhamdulillah, kajian ilmiah KDPB Tengku Ampuan Pahang terbukti mengabsahkan hakikat bahawa Pahang telah sekian lama adalah sebuah Daulah Islam yang berdaulat, bersyariat dan beradat.
Mauduk kajian Baginda tentang peranan Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Negeri ini mengesahkan bahawa telah sedia ada sebuah Watan Islam yang berperadaban tinggi memiliki sistem pemerintahan, pentadbiran dan perundangan yang tersusun lagi terperinci.
Kefahaman dan penghayatan terhadap satu sistem governan dan politik Melayu-Islam yang berdaulat, bersyariat dan beradat ini sebenarnya jauh lebih awal kewujudannya sebelum kedatangan dan campurtangan penjajah British dalam hal ehwal pentadbiran rakyat dan negeri ini.
Sesungguhnya pembuktian Hukum Kanun Pahang sebagai penggerak kesinambungan Peradaban Melayu-Islam Pahang dibawah Pemerintahan Kesultanan Pahang oleh KDPB Tengku Ampuan Pahang bukan sahaja memberi pencerahan baru tentang ketinggian pencapaian tatacara kehidupan bertanah air berjati-diri Watan Melayu-Islam Pahang tetapi juga menafikan tohmahan bahawa negeri Pahang kita ini masih sebuah negeri sekular yang berasaskan sistem pemerintahan dan perundangan penjajah British.
Justeru rakyat negeri Pahang khususnya umat Islam sewajarnya berasa bangga dengan pencapaian Daulah Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang yang memasuki 556 tahun kewujudannya sehingga ke hari ini.
FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG
Prof Madya Dr Amran bin Muhammad
Pengarah Eksekutif
Institut Ilmu Darul Makmur
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#MuziumNegeriPahang





