
“Terima kasih diucapkan kepada pihak MUIP dan juga IIDM menganjurkan seminar khusus untuk pemegang tauliah MUIP.
Bagi saya secara peribadi saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah disampaikan oleh panel-panel yang terhebat dalam menyampaikan isu isu semasa dan juga perkara perkara sedikit sebanyak menaikkan semangat dan prestasi kami sebagai peemgang tauliah negeri Pahang”.- Encik Mohd Hussaimi bin Husin, Peserta Kursus Induksi Pemegang Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Negeri Pahang Siri 5/2026
Program ini dianjurkan oleh Institut Ilmu Darul Makmur dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menghimpunkan para pemegang tauliah mengajar agama dari seluruh negeri. Pelaksanaan kursus ini bertujuan memastikan penyampaian ilmu agama dilakukan secara lebih berautoriti, tersusun, serta selaras dengan dasar dan garis panduan agama negeri.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang





