Skip to main content

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL NAIM

KOD SEKOLAH : CFT 7002
TEL /FAX : 09-2861366
EMAIL : smadnkk@ymail.com
FB : SMA Darul Naim
Tiktok : SMA DARUL NAIM

SMA Darul Naim

LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUN NAIM, KUALA KRAU, TEMERLOH

Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau telah ditubuhkan pada tahun 1960 di Pulau Jerjak ( Tapak Pekan Sari sekarang ) oleh pengasasnya Allahyarham Mukim Hassan bin Awang Pin. Dulu dikenali sebagai sekolah pondok. Pada tahun 1980, sekolah ini berpindah ke tapak baru di Pekan Kuala Krau sehingga sekarang dan pada tahun 1997 sekolah ini telah berdaftar dengan JAIP dikenali dengan Sekolah Menengah Agama Rakyat.  Pada tahun 2014 MUIP telah mengambil sepenuhnya  pengurusan  sekolah ini dengan mengekalkan nama asalnya.

Sekolah ini adalah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), oleh itu kokurikulum yang digunakan adalah selaras dengan KPM dan JAIP. Peperiksaan umum yang terdapat di sekolah ini adalah  Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Banyak pencapaian cemerlang telah dilakarkan oleh pelajar sekolah ini di dalam peperiksaan umum tersebut setanding dengan sekolah agama lain. Seramai 24 orang guru berkhidmat di sini, terdiri daripada lantikan MUIP dan JAIP. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar-pelajarnya.

Kedudukan yang agak strategik antara bandar Temerloh dan Jerantut memberi kelebihan kepada sekolah ini untuk menjadi pilihan ibu bapa  menghantar anak mereka menuntut ilmu di sini. Sekolah ini berada di bawah pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh. Pada tahun 2014 banjir besar telah melanda negeri-negeri Pantai Timur, tidak terkecuali dengan SMA Darun Naim telah ditenggelami air selama seminggu. Ini menyebabkan semua dokumen penting termasuk lah sejarah penubuhan sekolah telah musnah sama sekali. Tiada lagi rakaman sejarah sekolah buat tatapan generasi akan datang.

KURIKULUM dan KOKURIKULUM SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama Darun Naim menjalankan dwikurikulum iaitu yang pertama kurikulum kebangsaan yang dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Subjek terdiri daripada subjek teras dan subjek elektifnya adalah Bahasa Arab. Manakala kurikulum yang kedua adalah kurikulum Buuth Azhari yang mana kitab tersebut dibekalkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kedua-dua kurikulum ini amat penting untuk melahirkan pelajar yang seimbang dunia dan akhirat. Pencapaian dalam SPM pada tahun 2023 bagi layak sijil adalah 95.74%.  Selain daripada penekanan kepada kurikulum, sekolah juga cemerlang dalam bidang Kokurikulum, yang mana sekolah telah menyertai pertandingan sukan dan ilmiah ( MASISUPA ) peringkat  Sekolah Agama Negeri Pahang dan telah mewakili negeri Pahang dalam beberapa acara. Ini menunjukkan pelajar SMA Darun Naim terdiri daripada pelajar serba boleh dalam pelbagai bidang. 

BILANGAN GURU, PELAJAR DAN KELAS

Bilangan guru yang terlatih adalah seramai 24 orang, terdiri daripada 9 orang lelaki dan 15 orang guru perempuan ( 1 guru Al-Quran ). Majoriti mempunyai pengalaman mengajar di antara 3 tahun sehingga 20 tahun. Daripada 24 orang guru, 18 orang telah memiliki ijazah Sarjanamuda. Seramai 7 orang telah memiliki Sijil Ikhtisas ( Diploma Pendidikan ) dan 11 orang belum mempunyai diploma pendidikan. manakala  4 orang  tidak memiliki  ijazah . Secara ringkasnya bilangan guru boleh ditunjukan dengan carta di bawah; ( tidak termasuk guru Al-Quran )

SMA Darul Naim
PEREMPUAN LELAKI JUMLAH SEMUA PELAJAR
ASRAMA BERULANG ASRAMA BERULANG LELAKI – 139 ORANG
72 31 107 32 PEREMPUAN – 103 ORANG
JUMLAH 139 ORANG JUMLAH 139 ORANG JUMLAH KESELURUHAN 242 ORANG

Manakala bilangan pelajar adalah seramai 242 orang terdiri daripada 139 lelaki dan 103 orang perempuan. Sekolah ini menyediakan kemudahan asrama lelaki dan perempuan. Pelajar Aspuri adalah seramai 72 orang dan pelajar Aspura adalah seramai 107 orang dan selebihnya tinggal bersama keluarga yang berdekatan dengan kawasan sekolah. Seterusnya sebanyak  10 kelas yang digunakan untuk menampung bilangan pelajar tersebut.  Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar;

KELUASAN TANAH DAN PEMILIKAN TANAH

Keluasan tapak sekolah adalah seluas 2.14H ( 8780 meter persegi ) yang menempatkan 10 buah bangunan. Tanah tapak sekolah dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam Pahang. Sekolah ini tidak dapat menyediakan kemudahan yang selesa seperti Dewan Serbaguna, Makmal dan Padang Permainan disebabkan kawasan yang sangat terhad.

PENCAPAIAN

PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2024 SMA DARUL NAIM, KUALA KRAU

  1. AINUL NABIHAH BINTI NOR HISHAM 8A
  1. NUR BALQIS AQILAH BINTI MOHD FAUZI 7A
  1. IQMAL MUHAMMAD BIN MOHD NADZRI 5A
  1. NUR AFIFAH SAFIAH BINTI JAMALUDDIN 4A
  1. MUHAMMAD NUR AZZIEYMAN B MOHD AMOD 4A
  1. FADWA BINTI AHMAD RUWAIDI 3A
  1. MUHAMMAD AMRU HARITH BIN ROSLI 3A
  1. SITI NUR AIN MUKHLISA BINTI AZMAN 3A
  1. MUHAMMAD HUZAIFAH BINTI MOHD HAMIZI 2A
  1. NOR MUHAMMAD HAZIQ B MUHAMAD NOOR 2A
  1. NURUL FARHANA BINTI MOHAMAD RAHIM 2A
  1. HAZIRAH BINTI BAHARIN 1A
  1. NURHANIFAH AIN BT MUHAMAD MUHAIYUDDIN 1A
  1. NURUL SYAHADAH BINTI ABU BAKAR 1A
  1. YASMIN AQEELA BINTI ZULKIFLEE 1A
  1. MUHAMMAD NAIM BIN MOHD FAIZAL 1A

PENCAPAIAN TERBAIK PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2024 SMA DARUL NAIM

  1. MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN ZAINIZAM (MUMTAZ SOFI)
  1. BASYIR BIN KHAIRUL AZMI (MUMTAZ SOFI)
  1. MOHAMAD SYAFIQ HAKIMI BIN KHAIRUL ANUAR (MUMTAZ)
  1. MUHAMMAD RIFAIE SILMI BIN ROSAIDI (MUMTAZ)
  1. NUR FARISAH ALYA BINTI MD RAPIAN (JAYYID JIDDAN)
  1. FATIMAH ZAHRAH BINTI ABDULL SAHIM (JAYYID JIDDAN)
  1. NUR FAQIHAH AMIRAH BINTI MOHD FAUZI (JAYYID JIDDAN)
  1. MUHAMMAD AL-AMIN BIN ABDUL RAGHANI (JAYYID)
  1. ABDUL HADI BIN ROSLI (JAYYID)
  1. NUR EIRA SYAZIRA BINTI NORIZAM (JAYYID)
  1. UZMA WAJIHAH BINTI MUHADHIR (JAYYID)
  1. SHARIFAH NUR IRDINA SOFIA BINTI SAYED MOHD RIZAUDIN (JAYYID)
  1. MUHAMMAD HAZIQ SHAMI BIN MAZLAN (JAYYID)
  1. FUDAIL AKHBAR RUHKHANDA BIN BENNIE BOY (JAYYID)
  1. MUHAMMAD HAIQAL BIN ABDULLAH (JAYYID)
  1. MUHAMMAD HANDZALAH AMJAD BIN AHMAD (JAYYID)
  1. ANEESHA DAMIA BINTI ABDULLAH (JAYYID)
  1. SYAQEER ADDANI BIN AHMAD SABRI (JAYYID)
  1. MOHAMMAD NAJIB BIN AZMAN (JAYYID)
  1. MUHAMMAD NUQMAN BIN SAIPUDIN (JAYYID)
  1. INTAN ANISFATIINI BINTI LOKMAN HAKIM (JAYYID)
  1. MUHAMMAD ADAM IFFAT BIN SIAFUL BAHARI (JAYYID)

CARTA ORGANISASI & JAWATANKUASA

Galeri